Followers


.::Memekak::.




Saturday, March 27, 2010

Beza antara cinta, sayang, suka, dan minat.



Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita.
Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.
Dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia.
Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang
yg kita selalu ingat dan mimpi.
Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan
sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya
walaupun dia buat tak tau je)



Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita
mahukan seseorang untuk berkongsi
rahsia dan kisah duka kita.
Selalunya kita akan sayangkan seseorang
yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang
yang boleh membuangkan masa dia untuk

mendengar dan memeningkan kepalanya dgn
masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan
hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar.
Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia,

kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut.
Tapi, kita taklah rindu sangat
kat dia bila tak berjumpa seminggu.
(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh
menjadi pelawak kepada kita.

Kita akan suruh dia diam sekiranya
telinga kita dah nak pecah…)




Minat
Ada sesuatu pada dirinya yang
menarik
kita untuk mendekatinya.
(dalam erti lain : minat ditujukan kepada
seseorang yang ada sifat, peribadi
atau barang yang kita mahukan… )



**crdt 2 1001 rahsia diri
Related Posts with Thumbnails